Yayasan KIST

 

Biasiswa
Yayasan Kolej Islam Sains & Teknologi (YaKIST)


DASAR PERLAKSANAAN PROGRAM E-PURSE
BIASISWA KIST

LATAR BELAKANG

Yayasan KIST (YaKIST) merupakan sebuah syarikat yang telah didaftarkan pada 27 Disember 2006 dengan nombor pendaftaran Syarikat: 757689. H. Skim Hadiah Biasiswa YaKIST merupakan biasiswa kewangan untuk siswa siswi KIST yang sedang mengikuti pengajian bidang tertentu di Kolej Islam Sains Dan Teknologi dan dikendalikan oleh YaKIST. Peruntukan kewangan ini hanya dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pengajian dan ko-kurikulum serta hadir 100% sesi kuliah dan sesi klinikal. Peruntukan kewangan ini disalurkan melalui kad penggunaan kad elektronik yang diberi nama E_PURSE. E-Purse diperuntukkan kepada pelajara-pelajar tajaan PTPTN sahaja. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan memantapkan disiplin pelajar dengan hasrat KIST untuk melahirkan graduan yang berkualiti.

 

1.ISTILAH E – PURSE.

E – Purse merangkumi dua perkataan yang secara literalnya memberi makna seperti berikut :

E=Elektronic (Elektronik)

PURSE=Dompet (Beg kecil untuk isi duit)

Dalam istilah perlaksanaan ianya bermaksud satu tabung bantuan kewangan Biasiswa KISTyang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar KIST yang terpilih di mana ianya dilaksanakan secara kad elektronik yang diberi nama PURSE CARD.

2.PROGRAM E – PURSE.
* E – Purse merupakan Biasiswa kewangan yang diperuntukkan oleh KIST dan dilaksanakan melalui YaKIST.

* Ianya adalah satu anugerah kewangan untuk pelajar-pelajar KIST yang sedang mengikuti bidang pendidikan seperti yang ditetapkan oleh YaKIST.

* Peruntukan kewangan ini hanya dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pengajian dan ko-kurikulum.

* E-Purse diperuntukan kepada pelajar-pelajar tajaan PTPTN sahaja.

 

3.PERATURAN SKIM HADIAH BIASISWA E-PURSE

Pembayaran E-Purse hanya akan dibuat berdasarkan peraturan-peraturan berikut:-

3.1 Skim Hadiah Biasiswa E- Purse akan diberikan kepada pelajar-pelajar KIST yang memohon serta berjaya dalam urusan pemilihan yang dilakukan oleh YaKIST

3.2 Pelajar-pelajar yang memperolehi pencapaian semester GPA 3.00 dan ke atas pada semester sebelumnya sahaja yang layak memohon bagi semester baru pengajian. Penerimaan bagi semester-semester pengajian seterusnya masih tertakluk kepada pencapaian GPA 3.00 dan ke atas pada semester pengajian sebelumnya.

3.3 Penerima Hadiah Biasiswa E-Purse adalah dari kalangan pelajar yang mengikuti kursus Diploma yang ditetapkan seperti berikut:-

*Diploma Pembantu Perubatan

*Diploma Pembantu Farmasi.

*Diploma Sains Senaman Dan Sukan.

*Diploma In Diagnostic Radiography.

*Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

*Diploma Kesihatan Persekitaran.

*Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja.

*Diploma Fisioterapi (Physiotheraphy).

*Diploma Terapi Carakerja (Occupational Therapy).

*Diploma Pengurusan & Perkhidmatan Makanan Halal

3.4 Biasiswa ini akan dikreditkan ke dalam Kad E-purse pelajar pada 16 haribulan bagi setiap bulan yang pelajar layak menerimanya setelah semua syarat dipenuhi.

3.5 Penerima E-Purse dikehendaki menghabiskan wang Hadiah Biasiswa ini selewat-lewatnya pada atau sebelum15 haribulan bulan berikutnya.

3.6 Penerima E-Purse berkaitan hendaklah membelanjakan kesemua peruntukan biasiswa ini di KIST MALL, CAFE Perpustakaan dan dimana-mana tempat yang disahkan penggunaanya oleh pihak pengurusan KIST dari masa ke semasa.

3.7 Jika didapati wang biasiswa E-PURSE ini masih berbaki (tidak dibelanjakan) pada tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 3.6), maka jumlah baki wang biasiswa pada bulan tersebut adalah dilupuskan.

3.8 kelayakkan menerima E-Purse akan ditarik balik jika:-

- Pencapaian GPA pelajar kurang daripada 3.00 pada semester sebelumnya dan ianya hanya akan diberi semula pada semester yang akan datang, jika pencapaian GPA semasa mereka kembali kepada 3.00 dan ke atas. Tiada tunggakan akan diberi bagi semester yang pelajar gagal perolehi GPA 3.00 dan ke atas.

- Kehadiran ke sesi kuliah tidak mencapai 100% pada bulan sebelumnya bagi semestr pengajian.

- Kehadiran sesi klinikal tidak mencapai 100% pada bulan sebelumnya bagi semester penagajian dan /atau gagal menyiapkan tugasan klinikal/buku refleski assignment dan buku log mengikut tarikh yang ditetapkan/ ketetapan dalam kurikulum berkaitan.

3.9 Laporan kehadiran Bulanan sesi kuliah dan sesi klinikal akan disediakan oleh Ketua Jabatan / Ketua Program, disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan diluluskan Ketua Eksekutif.

3.10 Nilai Hadian Biasiswa E-Purse berasaskan pencapaian akadeik adalah mengikut pointer GPA yang telah ditetapkan seperti berikut:-

GPA Nilai Biasiswa
3.00 hingga 3.49 RM 80.00
3.50 hingga 3.79 RM 150.00
3.80 hingga 4.00 RM 200.00

3.11 Pelajar-pelajar Mualaf layak menerima Hadian Biasiswa E-Purse. Nilai Hadiah Biasiswa E-Purse adalah sebanyak RM 80.00 sebulan atau tertakluk kepada keputusan YaKIST.

3.12 Pelajar yang kemasukkannya ke KIST melalui program kemasyarakatan contoh (Program Bersamamu) layak menerima Biasiswa E-Purse

- Nilai Hadiah Biasiswa E-Purse adalah sebanyak RM 80.00 sebulan atau tertakluk kepada keputusan YaKIST.

3.13 ANUGERAH KHAS

- Ia merupakan ganjaran E-Purse yang diberi sekali sahaja (ONE SHOT) dalam aktiviti ko-kurikulum yang diiktiraf oleh KIST tanpa mengambil kira program pengajian yang diikuti mahupun GPA semasa pelajar.

- Ganjaran bagi Anugerah Khas ini adalah sebagaimana kategori berikut:-

Peringkat Negeri*
Pingat/ Tempat Ganjaran
Pertama (Pingat Emas) RM 100.00
Kedua (Pingat Perak) RM 70.00
Ketiga (Pingat Gangsa) RM 50.00
Peringkat Kebangsaan*
Pingat/ Tempat Ganjaran
Pertama (Pingat Emas) RM 150.00
Kedua (Pingat Perak) RM 100.00
Ketiga (Pingat Gangsa) RM 70.00
Peringkat Antarabangsa*
Pingat/ Tempat Ganjaran
Pertama (Pingat Emas) RM 500.00
Kedua (Pingat Perak) RM 300.00
Ketiga (Pingat Gangsa) RM 200.00

* Tertakluk kepada keputusan YaKIST

3.15 Semua pemberian Hadian Biasiswa ini akan ditarik balik jika pelajar ini dikenakan tindakan tatatertib atau melanggar peraturan-peraturan yang ditetap oleh KIST.

4.KAEDAH MEMOHON HADIAH BIASISWA YaKIST

4.1 Pelajar yang layak memohon Hadiah Biasiswa E Purse hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Borang permohonan hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan/ Ketua Program untuk dikemukakan ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk tindakan seterusnya.

4.2 Pelajar yang menerima Hadiah Biasiswa YaKIST akan dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif Kolej.

 

5.PELAJAR-PELAJAR YANG TIDAK TERMASUK DALAM PROGRAM E – PURSE :

5.1 Hanya pelajar yang memohon dan memperolehi pinjaman PTPTN sahaja yang layaj memohon Hadiah Biasiswa YaKIST. Pelajar yang membiayai pengajian mereka selain pinjaman PTPTN, tidak layak memohon.

5.2 Pelajar yang memperolehi markah GPA kurang daripada 3.00 dalam peperiksaan akhir semester.

5.3 Pelajar yang dikenakan tindakan disiplin atas sebab-sebab tertentu oleh kolej.

5.4 Pelajar yang mengikuti kursus pengajian Diploma Kejururawatan (Nursing), Diploma Psikologi, Pengajian Syariah atau mana-mana kursus yang akan ditentukan oleh YaKIST.

 

6.TARIKH KUAT KUASA

Tarikh kuatkuasa pekeliling Skim Biasiswa YaKIST (E-Purse) ini adalah mulai 1 Februari 2011

7.PEMBATALAN

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling baru ini (BIL : 01/2010), maka pekeliling Skim Biasiswa Skim Biasiswa YaKIST (E-Purse) yang sebelum ini adalah terbatal dengan sendirinya. 

8.PERUBAHAN POLISI

Semua peraturan ini tertakluk kepada perubahan polisi KIST dari masa ke masa.

 

REBUTLAH PELUANG KEEMASAN YANG DISEDIAKAN OLEH YaKIST INI MELALUI :

1. KERAJINAN ANDA.

2. DISIPLIN CEMERLANG ANDA.

3. KUALITI PENCAPAIAN BIDANG PENGAJIAN ANDA.

  

SELAMAT BELAJAR
DI KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (KIST)

 

Disediakan oleh :

Nik Ahmad Nik Yaacob
Pengurus Operasi YaKIST.


Yayasan KIST
  • www.yakist.kist.edu.my